Monday, July 27, 2009

Sana Sini



Mata ini masih belum mahu terlena,
walaupun penat dari semalam masih belum terjaga,
sentiasa aku berjaga tidur diwaktu malam sunyi ini,
masih berjelaga minda ku berputar,
jauh di sudut sana tanah kering kontang,
berbekalkan jiwa membakar aku dalam diri,
masih siang di kala waktu malam di sini,

Mesti engkau sedang berlari lari anak,
Mesti engkau tercari cari basah air bumi tandus,
Mesti engkau lihat pelbagai ciptaan tuhan
Semangat kecil yang dulunya tersembunyi,
Kini keluar melayari segenap lautan,

Di congkelkan setiap persatu peristiwa itu di situ,
Dengan lembut sopan santun sila bertempat,
Terkisar satu berbatu seribu berbahasa,
Peristiwa hitam putih merah pekat awan biru.

Tanah ini suci maafkan aku kalau,
Kalau aku berpijak tanpa mengingatimu,
Insan alpa sentiasa lupa asal usul dari mana,
Segumpal tanah sebentuk rupa nyawa dihembus lagi bernyawa,

Dirikanlah aku di tanah nyata untuk aku berpijak,
Sentiasa aku mahu satu jalan jalan yang lurus,
Pandulah aku dengan doa dan petunjukmu.

Masih lagi berbeza siang di sana malam disini,
kata kata terus tutur berkata,
mata mata terus tetutup tanpa aku berbicara.

Sana Sini / 1.57am

No comments:

Post a Comment