Follow by Email

Tuesday, May 12, 2009

Laga Kepala

Tanpa Penat Kakiku


Penat kakiku penat,
tangan tangan yang menggapai,
kaki kaki ku tanggung,
jalan jalan ku berlari,
badan badan yang yang terasa,
fikiran dalam kepala,
minda minda yang tercerna.

Penat kakiku penat,
jari jemari menari,
tari berlari sendiri,
hati yang hanya mengerti,
cakap cakap ku lagi,
dengan kata kata terpatri,
kelu lidah ku kelu.

Penat kakiku penat,
otak otak masih berputar,
bahu terus memikul,
masa masa berlalu,
langkah penat kakiku penat,
tanpa penat kakiku penat.

Sairien Nafis / 2.52am / 12.05.2009

Saturday, May 2, 2009

Me and Zaki


Bosan lepak umah, aki pulak menyibuk kol aku suruh amik dia kat kedai moto salleh, Amik dia pastu kita org melepak kat Old Town White Coffee, Sri Sentosa pekena kopi ais...dah keras duduk tak tau nak buat ape amik pic ni guna camera dalam notebook aku ni..huhuhu (pic pun blur). Zaki is my bestfrenz since skool. (kawan sekampung Tmn Datuk Harun)

Line / Human


Malam tadi elok aku dah balik umah melepak, dalam pukul 8pm ofis kol aku suruh cover Datuk Lat kat Dewan Filharmonik Petronas KLCC (kire recall la gamaknyer: masyukkkk). Assg ni mengejut tetiba je masuk sebab NST nak i/v Datuk Lat. Dalam aku bosan menunggu sempat aku buat pic ni dekat lobi Dewan Filharmonik kalau tak salah aku ler..hehe! Syok plak layan line ni..

Friday, May 1, 2009

PASKAU 2003 / ITM FINAL PROJECT

FREEDOM

FLAT PEKELILING / KUTU RAYAU
KUALA LUMPUR 13.04.2009 Tinjauan di sekitar Flat Pekeliling yang menjadi tempat tinggal kutu rayau dan penagih dadah. Pic Sairien Nafis

KES CULIK / MAHKAMAH SESYEN PJ

KES CULIK / MAHKAMAH SESYEN PJ
KUALA LUMPUR 30.04.2009 Anggota polis (kanan) cuba mententeramkan salah seorang daripada tujuh orang tertuduh yang cuba menghalang media untuk mengambil gambarnya atas tuduhan menculik kanak-kanak berusia 7 tahun dan meminta wang tebusan sebanyak RM1 juta, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Pic Sairien Nafis