Follow by Email

Wednesday, July 29, 2009

Antara Benua Mata


Kau lihat dengan matamu
keluarga itu yang dulunya riang dengan tawa
mungkin juga kini sedih sengsara
atau gembira disaluti duka
kau lihat sendiri rutin hari di tanah subur
mungkin juga kering kontang dengan pasir berdebu
aku tidak tahu!

Kau lihat dengan matamu
setiap langkah berselubung hijab
bagaikan pahlawan tanpa riak ilmu di dada
kehidupan konflik di antara dua benua
pelbagai kejadian ciptaan tuhan yang maha Esa
mungkin buat julung kalinya kau diperlihatkan
untuk kau simpan sebagai pengganti diriku
untuk kau rakam sebagai memori abadiku
terlalu asing bagiku di sini.
aku tidak tahu!

Kau lihat dengan matamu
pagi di sana mungkin roti rata berinti kosong
pagi disini secawan kopi bernasikan goreng
atau petang secawan kopi bercerita tentang kehidupan
atau leka petang melihat anak yang berlari-lari
aku tidak tahu!

kau lihat dengan matamu
aku di sini hanya menghalusi
dengan tinta yang telah coretkan
aku di sini hanya berimaginasi
setiap cerita yang kau perolehi
hanya engkau sahaja yang mengerti
dalam fantasi kita yang penuh realiti
aku tidak tahu!
antara Malaysia dan Palestin

Antara Benua Mata / 29/07/2009 / 1.o1am

Tuesday, July 28, 2009

Court Case / Singer, Jamal Abdillah


Jamal Abdillah nak bergambar dengan aku sebelum aku shoot pic dia masuk Court Shah Alam

Jamal Abdillah masuk ke mahkamah Shah Alam untuk perbicaraan kes ugutan SMS ke atas bekas isterinya.

Malam menanti siang siang menanti malam bagai berkurun lamanya.
Jamal- Berkurun aku nak tunggu kes ni start lambat betul...ceh!

Bayang Sendiri


Bayang diri menjelma di sunyi gelap
Tanpa cahaya yang membias padaku
Mengekori aku di setiap lorong perjalanan
Sesekali hilang tanpa aku sedari
Muncul kembali tanpa aku mengetahui
Berbentuk besar kadangkala kecil
Bujur panjang kadangkala pendek

Bayang terus berjalan memintasku
Tertinggal di belakang dengan cahaya suram
Lebih terang bayang dari aku yang berdiri
Terus tidur bayang lantas aku berlari
Hilang bayang muncul bayang kembali

Siapa tahu itu bayangku
Aku sendiri kurang pasti bayangku
Tidak pernah aku cuba untuk bertanya
Apatah lagi untuk terus berbicara
Bayang itu adalah bayang diri
Pasti tidur bila kau berdiri
Pasti hilang bila kau tidur
Kerana itu adalah bayangan sendiri.

Bayang Sendiri / 12.30am / 27.09.2009

Monday, July 27, 2009

Recall for work, Assg - Polis Cegah Jenayah.


Amik mood dulu cari idea nak buat gambar ape? al-maklumlah harini offday tapi kena recall tengahari tadi, tak dapat lah nak tido samapai ke petang.

Bile annggota polis ni buat rondaan di Lorong Haji Taib 1, lalu berteraburan bapok2 pun lari bertempiaran


Mamat ni nampak cuak bile nampak anggota polis ni meronda, apalagi memang kena tahan la untuk pemeriksaan.

Tak ketinggalan jugak penunggang motorsikal di tahan untuk pemeriksaan.

Sana Sini



Mata ini masih belum mahu terlena,
walaupun penat dari semalam masih belum terjaga,
sentiasa aku berjaga tidur diwaktu malam sunyi ini,
masih berjelaga minda ku berputar,
jauh di sudut sana tanah kering kontang,
berbekalkan jiwa membakar aku dalam diri,
masih siang di kala waktu malam di sini,

Mesti engkau sedang berlari lari anak,
Mesti engkau tercari cari basah air bumi tandus,
Mesti engkau lihat pelbagai ciptaan tuhan
Semangat kecil yang dulunya tersembunyi,
Kini keluar melayari segenap lautan,

Di congkelkan setiap persatu peristiwa itu di situ,
Dengan lembut sopan santun sila bertempat,
Terkisar satu berbatu seribu berbahasa,
Peristiwa hitam putih merah pekat awan biru.

Tanah ini suci maafkan aku kalau,
Kalau aku berpijak tanpa mengingatimu,
Insan alpa sentiasa lupa asal usul dari mana,
Segumpal tanah sebentuk rupa nyawa dihembus lagi bernyawa,

Dirikanlah aku di tanah nyata untuk aku berpijak,
Sentiasa aku mahu satu jalan jalan yang lurus,
Pandulah aku dengan doa dan petunjukmu.

Masih lagi berbeza siang di sana malam disini,
kata kata terus tutur berkata,
mata mata terus tetutup tanpa aku berbicara.

Sana Sini / 1.57am

Sunday, July 26, 2009

Ragam Futsal Malam Minggu bersama Sahabat


Aksi kawan aku tam (kanan)mcm top striker, aki kiri tengok saja :P

yang ni pulak tam cuba nak jaringkan gol, caa angkat kaki jer, lagi sedih goalkeeper munte belum ape2 dah peluk tiang gol sambil pusing blakang...adoii!

Aries terbawak silat pengantin sampai kat padang futsal ni, tam plak mcm tengah duk menari...pecah perut aku dibuatnyer, time ni aku hanya amik gambar ragam kawan2 aku, sebab baru main 15minit dah pancit.

Tendangan mantap dari aki tak ke mana pun, tengok kaki yang menendang pun dah tau...hahaha!

Friday, July 3, 2009

Depot Tahanan Imigresen Pendatang Asing, Semenyih


Satu hari suntuk aku melepak kat depan pintu masuk Kem Tahanan Semenyih ni...busan!