Tuesday, July 28, 2009

Bayang Sendiri


Bayang diri menjelma di sunyi gelap
Tanpa cahaya yang membias padaku
Mengekori aku di setiap lorong perjalanan
Sesekali hilang tanpa aku sedari
Muncul kembali tanpa aku mengetahui
Berbentuk besar kadangkala kecil
Bujur panjang kadangkala pendek

Bayang terus berjalan memintasku
Tertinggal di belakang dengan cahaya suram
Lebih terang bayang dari aku yang berdiri
Terus tidur bayang lantas aku berlari
Hilang bayang muncul bayang kembali

Siapa tahu itu bayangku
Aku sendiri kurang pasti bayangku
Tidak pernah aku cuba untuk bertanya
Apatah lagi untuk terus berbicara
Bayang itu adalah bayang diri
Pasti tidur bila kau berdiri
Pasti hilang bila kau tidur
Kerana itu adalah bayangan sendiri.

Bayang Sendiri / 12.30am / 27.09.2009

No comments:

Post a Comment