Monday, August 17, 2009

H1N1 / 17/08 / Klinik Kesihatan Shah Alam





Niqoob Series










H1N1







Pertubuhaan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5 juta daripada rakyat Malaysia berisiko dijangkiti virus H1N1 jika tidak mengambil langkah pencegahan yang serius.

Tuesday, August 4, 2009

Malam Hadir

Macam ada yang hadir
sinis di dengar dari jauh makin dekat
yang akan datang dalam pekat malam
pabila mata terlena di buai bukan mimpi
bertanya tanya dari mana
kelu lidah tidak terdaya

Macam ada yang hadir
mahu berteman duduk bersyair
di bawah rimbunan pepohon hijau
di payungi awanan biru keputihan
berbintang gemerlapan bercahayakan bulan

Macam ada yang hadir
bersama embun pagi berkain sarong
bersama bunyi unggas di telinga kanan
bersama desir pasir bertiup di hadapan mata
bersama seombak lautan menghempas di dada
bersama tenang malam di dalam jiwa

Macam ada yang hadir
jeritan burung igauan manusia
berbisik bunyi anasir anasir
tubuh kesejukan bergelut lidah
sekali lagi aku terdengar
jeritan burung terus berterbangan
antara kebaikan atau kejahatan
Assalammualaikum tanda salam
sebelum macam ada yang hadir
hadir sebelum malam hadir

Malam Hadir / 04.08.2009 / 1.53am+2.04am /Taman Pauh